Saturday 28 December 2013

Mega Gathering Yosato Malaysia 2013

Mega Gathering Yosato Malaysia telah diadakan pada 29 November 2013 hingga 1 Disember 2013 di Lembah Azwan Resort, Hulu Langat. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan di sana. Antaranya ialah Autoshow, Amazing Race, Dodgeball, Futsal Hancur, Karaoke dan Grand Dinner Yosato. Prostoc Perak juga telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN MEGA GATHERING YOSATO MALAYSIA 2013 dan telah berjaya membawa pulang piala pusingan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua crew yang telah menjayakan Mega Gathering Yosato 2013. Jumpa lagi tahun hadapan di jajahan SMOOC@Penang.











Sunday 24 November 2013

Naib Johan Best Car Club "Billion Autoshow 2013"

Pada 23 November yang lalu. Prostoc@Perak Yosato telah menyertai Event Billion Autoshow & Audioshow 2013 yang diadakan di Perkarang Parking Kereta Pasara Billion Baru Jalan Lumut-Manjung Anjuran GM Event Management. Prostoc@Perak Yosato telah ditabalkan sebagai Naib Johan Best Car Club pada event tersebut. Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua crew Prostoc@Perak Yosato. Di harapkan komitmen seperti ini dapat diteruskan pada event akan datang. Congratz guys!!!


Monday 28 October 2013

Johan Best Car Club Di Karnival Koperasi Seri Iskandar 2013

Kolej Profesional Mara Caw. Seri Iskandar dgn kerjasama MRCB telah menganjurkan Karnival Koperasi Seri Iskandar 2013 selama 3 hari (25 Oktober 2013 - 27 Oktober 2013).
Pelbagai acara & aktiviti telah berlangsung. Pada hari terakhir karnival tersebut, telah diadakan Sukaneka yang melibatkan kelab-kelab kereta. Pelbagai sukaneka, pertandingan autoshow telah diadakan. Prostoc@Perak Yosato telah dipilih sebagai "Johan Best Car Club Gathering" dengan kehadiran 61 buah jentera Prostoc@Perak Yosato. 

Berikut adalah pencapaian Prostoc@Perak Yosato pada pertandingan autoshow & sukaneka.

Sukaneka Antara Kelab / Autoshow :-

1. Johan Tarik Tali
2. Naib Johan Tarik Tali
3. Johan Gusti Lengan
4. Naib Johan Gusti Lengan
5. Johan Makan Kuew Teow Goreng Terpantas
6. Johan Limbo Rock Kereta
7. Tempat KeTiga Best JDM 
8. Johan Best Car Club Gathering







Sunday 1 September 2013

Gempaq Bangat Autoshow & Best Car Clubs Gathering Juru Autocity Round 4

Sempena cuti sambutan Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2013 yang lalu. Prostoc@Perak telah berganding bahu dengan Kelab SMOOC@Penang, DASCO@Kedah & PerSC@Perlis menyertai event Gempaq Bangat Autoshow & Best Car Clubs Gathering di Juru Autocity Penang anjuran GM Event Management. Pada event tersebut Yosato Northern Region telah muncul sebagai JOHAN Best Car Clubs Gathering dengan kehadiran sebanyak 58 buah jentera satria Yosato. 
Di samping itu, Crew #10 Cik Lalan & Crew #110 Cik Edly Firdaus telah memenangi tempat Ke-4 & Ke-5 bagi kategori "Hella Flush Open".
Sekalung tahniah diucapkan kepada Crew Yosato Northern Region yang turun bersama memeriahkan event tersebut. 
Congratz Guys!!
















Monday 22 July 2013

Majlis Iftar Ramadhan Bersama Kelab MyviC Meraikan Anak-Anak Yatim Rumah Yayasan Darus Sakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan

Pada 21 Julai 2013 yang lalu, 1 Majlis Iftar Ramadhan bersama Kelab MyviC Manjung telah diadakan bagi meraikan Anak-Anak Yatim Rumah Yayasan Darus Sakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan. 















Sunday 2 June 2013

OFFICIAL TT PROSTOC EDISI JUN 2013

1 Jun 2013 yang lalu Kampar Region telah menjadi tuan rumah bagi Perjumpaan Bulanan Prostoc Edisi Jun 2013 dan Sambutan Ulang Tahun Prostoc ke 4 di Gua Tempurung, Gopeng.
Happy Anniversary Prostoc Perak!!